MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN & UKUR 2019

Anugerah Akademik UiTM diberikan setiap tahun kepada ahli akademik UiTM yang telah menunjukkan kebolehan luar biasa dalam pelbagai bidang akademik termasuk pengajaran, penulisan, penyeliaan, perundingan dan penyelidikan. Penerima anugerah di peringkat Fakulti akan menjadi calon utama mewakili Fakulti untuk bertanding di dalam Anugerah Akademik di peringkat UiTM dan seterusnya Anugerah Akademik Negara.

Untuk membudayakan kualiti dan kecemerlangan di FSPU, pihak fakulti dengan berbesar hati ingin menjemput ahli akademik di FSPU menghantar penyertaan dengan mengisi borang yang disediakan (Kategori a-y: Borang A sahajaKategori z: Borang A dan B) bersama bukti yang telah di imbas (scan). Kategori-kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

a) Anugerah Tokoh Akademik
b) Anugerah Ahli Akademik Harapan
c) Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk
d) Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
e) Anugerah Pengajaran
f) Anugerah Penerbitan Buku Terbanyak
g) Anugerah Seni dan Kreativiti
h) Anugerah Kepimpinan Akademik
i) Anugerah Penyelidik Terbaik
j) Anugerah Penulis Terbaik
k) Anugerah Perundingan Terbanyak (Bilangan)
l) Anugerah Perundingan Tertinggi (Nilai)
m) Anugerah e-Pembelajaran
n) Anugerah Pensyarah Aktif (Keusahawanan)
o) Anugerah Geran Penyelidikan Terbanyak (Bilangan Geran)
p) Anugerah Geran Penyelidikan Tertinggi (Nilai Geran)
q) Anugerah Profesor Pelawat
r) Anugerah Penerima Penghargaan Antarabangsa Tertinggi
s) Anugerah Penerima Medal Inovasi Tertinggi
t) Anugerah Penyelidik Harapan (DM 45)
u) Anugerah Pensyarah Aktif (Aktiviti Kemasyarakatan)
v) Anugerah Pensyarah Aktif (Industrial Linkages)
w) Anugerah Penasihat Akademik Pelajar Terbaik
x) Anugerah Penasihat Persatuan Pelajar Terbaik
y) Anugerah Pusat Pengajian

     i) Paling Tinggi Menjana Pendapatan

     ii) Paling Aktif Dari Segi Penyelidikan (kuantiti dan nilai)

     iii) Paling Aktif dalam keusahawanan

     iv) Paling Aktif dalam kemasyarakatan

     v) Paling Aktif dalam Industrial Linkages

     vi) Paling banyak beroleh kemenangan pelajar dalam akademik (kuantiti dan nilai)

z) Penyelia pelajar pasca siswazah terbaik (penyelidikan)



Semua penyertaan perlu dihantar ke link: https://drive.google.com/open?id=1Ehbj2nlJkj_Znp3Q4gXV9LdR9r7SefIu ke dalam folder yang disediakan bermula 9hb Januari 2020. Sebarang pertanyaan boleh hubungi,

i) PM Dr. Noriah Binti Othman (Ketua Unit Kualiti), H/P: 019-2616030
ii) Dr. Shamsida Saidan Khaderi (Timbalan Ketua Unit Kualiti), H/P: 019-5734971
ii) Puan Ezlina Ahnuar (AJK Kualiti), H/P: 012-2699044


Semua staf akademik FSPU layak memohon kecuali kategori yang dinyatakan (Anugerah Penyelidik Harapan, hanya untuk DM 45). Semua penyertaan perlu dihantar ke link di atas pada atau sebelum 7/2/2020. Keputusan pemenang setiap kategori akan dimaklumkan di dalam satu majlis khas yang akan diadakan pada 18 Februari 2020.

 

Muat turun Borang Pencalonan :  Borang A  |   Borang B   |  Google Drive Upload Folder