Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur akan menganjurkan Program Homecoming Alumni 2017 pada Jumaat, 15 Disember 2017 bertempat di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam. Penganjuran  yang masuk edisi kedua penganjuran ini bertujuan  untuk meraikan para alumni dalam satu perjumpaan khas di samping untuk mengeratkan jalinan kerjasama antara Fakulti dan Alumni sempena penganjuran  50 tahun FSPU yang genap pada tahun  ini.

Selain itu, Fakulti juga akan turut melancarkan Tabung Pendidikan dan Penyelidikan  Fakulti bagi mengumpulkan dana pembangunan penyelidikan dan pendidikan yang memfokuskan kepada keperluan dan kebajikan pelajar di FSPU.

Sehubungan itu, Fakulti amat mengalu-alukan semua alumni  FSPU dari tahun 1967 sehingga kini menghadiri program berkenaan sebagai tanda sokongan kepada fakulti.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi - 

 

Puan Sufia    - 03 -5544 4380

Dr. Shamsida -  019 573 4971