My JoomlaMy JoomlaMy Joomla

    • Home
    • Academics
      • Programmes
      • Recognition
    • Student
      • Club & Society
      • System
    • Research
      • Community
      • People (Expertise)
      • Conferences
      • Publications
      • Research Guidelines
    • Admission
      • International
      • Local
    • Corporate
      • Dean's Messages
      • Profile
      • Top Management
      • Professors
      • Staff Directory
      • Unit & Others
    General

    Pensyarah FSPU UiTM dalami bidang penulisan

    SHAH ALAM, 7 Oktober - Seramai 30 pensyarah Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini menyertai program penulisan ‘FSPU bersama Wartawan Media dan Penulis Buku 2020’ hari ini.

    Timbalan Dekan Akademik FSPU, Profesor Madya Ts Dr Emma Marinie Ahmad Zawawi berkata, program itu untuk menggilap bakat penulisan umum dan kreatif yang sedia ada dalam kalangan pensyarah di fakulti itu.

    Beliau berkata, bengkel yang diadakan selama sehari itu bermatlamat memberikan pendedahan kepada peserta bagaimana menulis rencana yang memberikan lebih impak dan manfaat kepada fakulti dan pembaca

    “Selain mengajar, pensyarah boleh menulis artikel dalam bidang kepakaran mereka agar boleh menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Pada masa yang sama boleh menaikkan nama fakulti,” katanya.

    Dua penceramah yang diundang ialah Pengarang Kanan Sinar Harian, Azmi Tarmizi yang berkongsi mengenai penulisan kewartawanan dan Nisah Haron, seorang bekas peguam yang aktif dengan penulisan kreatif.

    Turut hadir Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FSPU, Sr Dr Mohd Sufian Hasim dan Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

    Sementara itu Azmi berkata, bakat dalam bidang penulisan boleh dilatih dan pensyarah boleh mengikuti latihan penulisan untuk mengasah bakat masing-masing di samping mempunyai minat yang mendalam.

    “Sinar Harian sentiasa menyediakan ruang kepada pensyarah untuk menghantar tulisan mereka terutama dalam menyampaikan pandangan yang sesuai dengan kepakaran mereka,” katanya.

     


    Keterangan gambar:
    Depan dari kiri: Nisah Haron, Hashim, Dr Emma, Azmi dan Dr Mohd Suffian serta peserta ‘FSPU bersama Wartawan Media dan Penulis Buku 2020’ di UiTM semalam.

    Sumber (https://www.sinarharian.com.my/article/104292/EDISI/Selangor-KL/Pensyarah-FSPU-UiTM-dalami-bidang-penulisan)
    Berita oleh: SYAZWANI ABDUL KADIR

    Quick Links

    Academic Calendar
    Library
    News
    E-Aduan ICT
    BSU-Booking System

    Media & Downloads

    News
    Downloads
    FSPU Achievements
    Staff Promotions
    e-Newsletter

    Centre of Studies

    Architecture
    Construction
    Surveying Sciences and Geomatics
    Town & Regional Planning
    Quantity Surveying
    Estate Management
    Interior Architecture
    Landscape Architecture
    Building Surveying
    Park & Amenity Management

    Contact Us
     
    Faculty of Architecture, Planning & Surveying
    Universiti Teknologi MARA 
    40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA
     
    Academic : +603-5544 4417, 5544 4387 
    Admin. Office : +603-5544 4385
    General Office Counter : +603-5544 4418
    Fax : +603-5544 4353
     
         

    ©Copyright FSPU 2020.

    Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | Dasar Keselamatan ICT

    • Home
    • Academics
      • Programmes
      • Recognition
    • Student
      • Club & Society
      • System
    • Research
      • Community
      • People (Expertise)
      • Conferences
      • Publications
      • Research Guidelines
    • Admission
      • International
      • Local
    • Corporate
      • Dean's Messages
      • Profile
      • Top Management
      • Professors
      • Staff Directory
      • Unit & Others